Sunday, 23 July 2017

Mr Viralicious

'Salahkah saya cili kemaluan kekasih suami?' - Isteri


VIETNAM - Seorang wanita mengandung yang mendapati suaminya berlaku curang, menghukum kekasih suaminya dengan melumurkan cili ke dalam kemaluan wanita itu. 

Ly Chanel, 23, berkata, dia berasa curiga apabila suami yang baru dikahwininya tujuh bulan, Chien Keo, 24, kerap menghilangkan diri untuk beberapa jam. 

Bakal ibu dan empat rakannya kemudian mengekori Chien ke sebuah hotel sebelum menangkap Chien dan kekasihnya di wilayah Thai Nguyen, utara Vietnam. 

Berang suaminya berlaku curang, Ly memakai sarung tangan getah sementara tiga lagi rakannya menahan wanita itu dan seorang lagi merakam gambar kejadian di mana mereka menanggalkan seluar dalam wanita terbabit dalam kejadian pada waktu tengah hari Selasa. 

Mereka kemudian mengambil beg plastik yang mengandungi cili dan menyumbat cili ke dalam kemaluannya menyebabkan wanita itu meronta-ronta kepedihan.

Gambar menunjukkan wanita terbabit ditahan di kepala, kaki dan tangan ketika cili segar dimasukkan ke dalam kemaluannya. Kelihatan beberapa biji cili juga berterabur di atas katil. 

Mereka kemudian memuat naik gambar-gambar kejadian itu di media sosial dan menyatakan rasa bangga kerana mereka berjaya menghukum wanita berkenaan. Malangnya tindakan mereka itu dikecam netizen, malah berlaku tidak adil kerana si suami dibiarkan terlepas begitu sahaja. 

Ly yang baru hamil tiga bulan dan bakal menerima bayi lelaki berkata, "Adakah suami saya mahu saya hidup bahagia dan menerima kehadiran zuriatnya ini kelak? 

"Bagaimana dia boleh menanggung kami jika dia curang dengan perempuan lain? Perempuan yang menghancurkan rumahtangga wanita lain. 

"Wanita boleh memberi kemaafan dengan mudah tetapi mereka tidak akan melupakan apa yang telah berlaku. Cemburu itu satu pedih dan pastinya perempuan itu juga tahu perasaan ini. 

"Biarpun ada yang membenci saya dengan apa yang telah berlaku, tetapi begitulah kehidupan yang kita tidak dapat memuaskan hati semua orang.," katanya. 

Sementara itu, polis berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan polis dari mangsa kejadian namun pendakwaraya berkata, Ly Chanel boleh dikenakan tindakan jika polis mahu melakukan pendakwaan terhadapnya. 

Peguam Giang Hong Thanh dari pejabat peguam daerah berkata, "Pertama sekali, adakah perlu berkongsi dan bersimpati dengan keadaan psikologi si isteri dalam hal ini jika wanita itu memang telah dilumurkan dengan cii itu telah menganggu rumahtangganya?

"Melumurkan cili di kawasan kemaluan individu lain dan memuat naik klip video atau gambar di internet adalah tindakan yang bertujuan menghina orang lain. 

"Jika cili itu mencederakan alat kelamin mangsa, si isteri boleh didakwa mengikut Artikel 104 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman dan denda dari RM389 hingga RM556," katanya. 

Berita berkaitan:
Read More
Mr Viralicious

'Kenapalah orang Melayu ni suka mengutuk? Saya bergurau je pasal jam Rolex'

Read More
Mr Viralicious

'Walaupun gaji Pembantu Rumah (local) RM1,200, kau tak ada tekanan kerja'


Aku nak respon pasal kes majikan yang kena tipu dengan bibik so call haramjadah itu. Tapi apa-apa pun kalau nak post kisah aku, mohon sorok profile aku. Please, sebab aku agak terkenal di kawsan Kuala Lumpur - Selangor ini. Sebab join macam-macam aktiviti. 


Salam. Aku Yami (ayam mee gitu, hahahaha! Okey, lawak je, bukan nama sebenar). Aku anak dara pure yang tiada kisah silam yang buruk-buruk untuk disorokkan (hahaha), berumur 30 tahun walaupun rupa aku nampak seperti awal 20-an. Terima kasih pada rupa aku yang nampak keanak-anakan. Hahahaha! Aku bekerja sebagai pembantu rumah (PR)/pengasuh. Ya, pekerjaan yang sangat-sangat tak glamour. 

Aku dah bekerja sebagai PR sejak empat tahun lepas dengan gaji RM1,200. Kenapa aku bekerja sebagai PR? Sebabnya tempat tinggal disediakan (dapat bilik dan bilik air sendiri). Makan percuma (makan mewah wehh!)

Kerja aku hanya menjaga anak-anak majikan, urus hal makan pakai mereka, kemas rumah hanya kawasan ruang tamu dan dapur, masak sarapan pagi dan makan tengah hari serta minum petang. Cuti hanya seminggu sekali serta cuti umum. Kadang-kadang majikan sendiri bagi cuti pada aku.

Anak-anak majikan sangat sayangkan aku sebab aku anggap mereka seperti anak atau adik (sebab mereka panggil aku kakak memandangkan masa mula-mula kerja, majikan ingat aku berusia 20 tahun).

Sebenarnya jadi PR ini mudah sangat. Kerja dari jam 7 pagi - 7 malam. Kalau majikan ada hal di waktu malam, dia minta aku jaga anak-anak dia dan dia akan bagi overtime. 

Selepas itu, aku memang boleh menjahit. Dengan hasil gaji RM1,200 itu, aku dapat kumpul duit beli tiga mesin jahit. Satu portable jahit lurus, satu portable jahit tepi dan satu mesin jahit industry (heavy duty). 

Kenapa aku memilih kerja sebagai PR? Sebelum aku jadi PR, aku bekerja sebagai kerani dengan gaji yang agak lumayan sebab aku boleh berbahasa mandarin. Tetapi kena buli dengan pekerja senior taraf makcik-makcik bawang dan kena kacau (gangguan seksual) dengan pekerja lelaki yang bertaraf suami orang. Masa ini, aku bekerja di negeri lain. Aku stress. Lepas itu, boyfriend (yang kini bekas boyfriend) boleh pula ada skandal lain masa aku tengah susah hati. 

Balik Selangor, aku terus cari kerja untuk meredakan tekanan aku. Aku tak nak kerja hadap orang munafik lagi. Mula-mula aku nak kerja taska, sekali ada agensi ini perlukan PR tempatan. 

Aku gembira kerja sebagai PR, memang gaji nampak sikit tapi kau tak perlu kusut fikir nak bayar api air, sewa rumah, makan, tambang apa semua. Kira RM1,200 itu gaji bersih kau. 

Kawasan tempat tinggal majikan aku pun selamat. Dekat dengan mall segala bagai. Tetapi aku tak pernah berjimba riang ria waktu kerja. Walaupun ada kawan-kawan ajak lepak sarapan atau lunch, keutamaan aku ialah anak-anak majikan. 

Syarat untuk bekerja sebagai PR, kau kena ikut peraturan yang ditetapkan oleh majikan, sayang anak-anak majikan seperti darah daging sendiri (maka kau takkan tergamak nak mendera budak-budak yang tak berdosa), boleh memasak pelbagai menu termasuk makanan yang sesuai untuk anak-anak dan lain-lain yang majikan perlukan. 
  1. PALING PENTING, JANGAN KACAU SUAMI MAJIKAN!
  2. JANGAN BAWA JANTAN MASUK KE RUMAH MAJIKAN!
  3. JANGAN MAIN PHONE SAMPAI ANAK-ANAK MAJIKAN TERABAI!

Aku sangat-sangat sedih bila baca berita ibu bapa dera anak, pengasuh dera anak-anak majikan. Bibik pentingkan diri seperti menganiaya anak-anak majikan. Pilu hati aku walaupun aku bujang berharga di awal 30 tahun ini. Hahahaha! 

Itu sajalah sedikit sebanyak kisah aku sebagai PR. 

P/S: Admin, please jangan dedahkan aku punya profile. Ini rahsia kita-kita sahaja tau. Hahaha!
Read More

Saturday, 22 July 2017

Mr Viralicious

'Bibik Dajal, baru sebulan kerja dah cederakan anak aku dan rancang bunuh suami aku!'


Kalau bulan lepas kecoh kisah Dato Alif Syukri dengan bibik penyangak, kalau kelmarin gempar 1 Malaya kisah Fynn Jamal dan bibik kaki drama, Hah, hari ni meh aku gemparkan lagi 1 kisah. Kisah Hanani Ahmad dan bibik Dajal.

*************

Minggu lepas cukup sebulan dia kerja dengan kami. Masa nak ambik kerja, dia bagi tau kami dah berkahwin 2x. Suami pertama mati kena tembak, ada anak seorang perempuan, suami kedua bisu ada anak 2 orang lelaki dijaga oleh sedara mara di Indon. Sudah 2tahun tak jumpa katanya rindu sama anak2 bila tengok anak2 aku (Alahaiiiii sedihnyeee kannn kisah kau). Minggu pertama kerja, everything went well. Sebab waktu ni aku masih ada kat rumah.

After raya, aku start masuk office. Ada hidden cam tapi after 2w cam problem. Lukman pulak malas nak baiki plus too positif. Dia dok keep on pesan kat aku takpe lah mama, kita niat baik nak tolong dia, InsyAllah dia pon akan kerja baik2. Okay, time ni aku start uji dia. Dan, dah nampak benda2 yang pelik tapi aku layan kan ja. Sebab small mistakes.

Bermula 2nd week lepas raya dia dah start buat perangai. Kisahnya, seminggu sebelum raya waktu tu dia baru kerja dalam seminggu, dia minta izin nak balik rumah so called 'kakak sepupu' di Kajang. Aku tak kisah sangat. Lagi suka kot sebab tak perlu bawak dia balik kampung.

Tapi Lukman tak bagi. Sebab dia baru kerja then kami akan bercuti lama ke kampung so takkan nak biar ja dia kat Kajang tu 10-12days. So nak tak nak dia kena ikut kami balik Baling raya tu.

Dipendekkan cerita, lepas balik dari raya dia buat cerita lain pulak. Dia kata dia punya so called 'kakak sepupu' tu sakit so nak mintak izin pulang ke Kajang untuk ziarah. Tapi aku tak bagi sebab aku dengan Lukman nak kena masuk office jugak sebab ada banyak benda yang kena settle kan. Dia diam saja tapi esok tu masa aku kat office dia mesej bagitau kata raya haji ni tak mau ikut aku balik kampung. Nak balik Kajang jugak. Whatt???? Siapa yang majikan siapa yang bibik sekarang ni?? Suka suka hati bagi order kat aku. (Masa ni aku masih tertipu ya kawan2 bahawa yang kat Kajang tu sepupu dia. Yang sebenarnya jantan keparat !)

Ok, start dari detik ni dia start tunjuk perangai Dajjal.

Panjang sangat kalau aku nak cerita in detail. So aku pendekkan ja la nah.

1) Aku order barang basah delivery ke rumah, aku pesan more than 10 times sebelum keluar g office. Beria menggangguk paham. Tapi bila aku balik kerja petang tengok ayam dah membusuk berulat atas tembok. Bila aku tanya kenapa tak ambil, sambil jeling2 jawab saya tak tau. 😡😡😡

2) Aku pernah balik diam2 tengah hari. Parking kereta jauh then jalan kaki balik. Pintu pagar yang aku pesan suruh tutup tadi masih tak bertutup. Ok fine, aku bersangka baik mungkin dia lupa sebab kalut2 dengan anak2. Slow2 aku jenguk kat sliding. Wah wah wah. Sedap nau membongkang! Tedampar macam paus kenyang. Aku sendiri tak pernah tidur macam tu. At that time aku tengok Adib tengah ke hulu ke hilir usung pampers yang dah dibuka sambil kejut dia tapi tak jaga wehhh. Sampailah Adib terkucil di lantai dapur. Allah saja yang tau perasaan aku masa ni. Menyirap. Aku masuk dalam kejut dia cakap Adib dah buka pampers tu dan2 bangun buat2 kalut ke tandas. Aku saja buat2 tanya, air ape kat dapur ni bik basah ni. Kome tau dia jawab ape? Itu Aqil la kasi tumpah air itu. Kepala hotak die lahhhhhh. Dengan mata kepala sendiri aku nampak Adib yang kencing. Korang rasa kalau aku tak nampak lah kan, gamaknya bernajis lah 1 rumah aku. Tapi petang tu memang ak basuh 1 rumah sebab aku dah start was2.

3) Botol susu anak2 aku dia hanya akan basuh bila aku nak balik ja. In between tu memang dia tak basuh. So anak aku dah terminum susu basi jugak.

4) Pagi2 before ke office aku akan masak dulu untuk anak2. Dia tinggal cedokkan ja. Yang aku heran, sepanjang aku jaga sendiri anak2 selama 6y, kalau masak periok besar tu sup or watever lah mesti boleh makan sampai ke malam. Tapi bila aku tinggal kat dia, aku balik kerja petang mesti periok dah siap basuh. Mula2 aku assume dia habiskan, which is ok la aku tak marah pon. Tapi entah lah. Naluri ibu tu kan. 1 hari aku rasa tegerak hati nak selongkar dustbin. Yessssssss! Tepat sangkaaan aku! Dia buang makanan2 tu. Sekali lagi Dajal! Tapi aku diam kan ja. Nak perati kelaku dia plus Lukman akan bela bila aku marah bibik.

5) Ada 1 hari aku nak test dia. Aku tak masak. Aku just pesan nanti keluarkan ayam dan goreng. Bagi anak2 makan. Macam biasa, beria menggangguk. Sebelum ke office aku kira siap2 berapa bekas dan ketul ayam yang ada. So bila balik aku buat2 tanya anak2 makan apa hari ni. Dengan confident jawab, nasik sama ayam goreng. Tapi bila aku cek balik jumlah ayam yang ada, no changes!!! Membongakkkk ja keja dia. Tu pon aku diam kann. Pendamm n perati. So anak2 aku makan apa??? Tak makan la jawab dia. Aqil bagi tau adik2 minum susu je. Panassss hati aku!!

6) Badan/Miss V bebau hanyir. 16 batu dah boleh bau. Jadinya rumah aku kalau aku balik kerja memang aku akan sembur segala jenis perfium yang ada. Kadang dia nak mgelat dia basuh baju dia campur dengan baju anak2 aku. Dia ingat aku bodoh tak tau kerja jahat dia tu. Memang baju2 anak2 aku habis akan berbau dan dah banyak kali aku terpaksa buang baju anak2 aku.

7) Conteng dinding. Selama ni aku ingat anak2/laki aku yang menyonteng/tulis di dinding rumah. Rupanya dia. Semalam nak dijadikan cerita aku masuk bilik dia nak iron baju sendiri. Penuh tulisan yg sama macam kat hall dekat dinding dalam bilik. Ada nombor2 macam nombor akaun dan laman web porno. Yes, i've checked em all. Sangap batang rupanya!!!

8) Ini yang paling aku panas!! Adib kena iron panas kat perut. Aku tanya Aqil Aqil cakap tak tau. Tapi Faris datang bagi tau Sukma buat. Dada aku dah tahap sikit lagi nak pecah. Tahan marah. Menggigil all over my body.

9) SELFIE MELARAM DENGAN BAJU2 AKU, BAJU2 LUKMAN!! Kadang2 kalau Adib tak bangun tidur lagi time aku nak ke office aku terpaksa tinggal bilik tak berkunci. Sebab nanti nak suruh dia amik Adib bila dah bangun. Aku dah ubah buaian betul2 tepi pintu which is dia tak perlu masuk dalammmm bilik. Just langkah sikit ja ke muka pintu, angkat Adib then keluarlah. Rupanya kami ni ja dok bersangka baik dekat dia. Dia? Ambik kesempatan! Semalam aku rampas hp dia. Allah terus collapse aku bila tgk isi kandungan hp dia

Sebab aku dah tak boleh tahan sabar. Im pissed off'!! Penuh gambar selfie atas katil aku dengan baju2 aku baju2, rayban, cap, lukman! Hatta spek opah aku pon dia balonnnnn! Bertambah celaka sependa, bra, lingerie aku semua dia try. Ops lupa, cincin nikah aku skali dia menerai. Memang dasar Dajjal! Nak mudah bahasa orang kampung aku panggil 'haramjadah'.

10) Mesej lucah dengan lots of Bangladeshi, Indian so on so forth. Hantaq gambar yang tak sepatutnya. Korang paham2 sendiri lah gambar apa kalau dah dasar betina lapaq batang bejumpa plak dengan jantan sangap lubang!

11) Sebelum aku halau p balai tadi aku sempat selongkar beg dia. Guest what i found? Sependa aku, perfium aku, blusher & eyeshadow benefit aku and earphone iphone Lukman! Tu pon tak memgaku!!! Dok kata tu dia punya. Hoi mangkuk, aku tak bangang macam hang lah! Memang makan la penampaq aku tadi. Aku sabar tak sentuh hang dari semalam lagi. Tapi bila aku jumpa macam2 aku dah tak boleh fikir apa dah. Memang rasa nak taboh sampai lunyai ja.

12) Berlakon muslim sembahyang tungging tebalik. Rupanya India! Dengan imigresen pon dia boleh menipu, apatah lagi dengan kami majikan dia.

********************

Fuhhh dada aku masih terasa berat masa tengah menaip ni. Semalam kecoh lah dalam taman ni kes bibik bangang nih! Sampai macam kena heart attack aku semalam. Terlampau marah. Mujur ada jiran2 superbaik mai rumah tolong calm me down. Tq jejiranss semua Oya Safira Kak D Gojes kak Norsyahira Erny EeLa Ruslan Siti Sakinah Ahmad Rosdi n semua2 lah.

Apa2 pon aku bersyukur Allah tunjuk cepat benda ni kat aku. Dan paling bersyukur anak2 aku selamat.

Now, tengah bertenang ambik mood nak mengemas balik rumah yang tak rupa macam rumah ni. Yang bau hanyiaqqqqqqqqq!

Dan sejujurnya, aku trauma dengan bibik! Walau memamg ada yang baik, tapi biarlah ni jadi pengalaman pertama dan terakhir aku. Serious, aku trauma sungguh! Semalam tak boleh tidur langsung. Pejam mata ja terbayang muka dia.

Harap hampa semua boleh ambil pengalaman2 kami ni jadikan iktibar. Sapa nak SHARE silakanlah tak payah minta izin.

Yang nak komen sekadar nak Provok atau kecam, baik batalkan niat anda. Kalau tak hampa pulak makan penampaq aku 😏😏

** Ni sedikit gambar untuk tatapan kalian. Gambaq pakai bra n spenda aku tak payah lah noh. Sat lagi ada yang masuk tandas pulak

Baju, tudung aku! Alololo lawa pigface yeeeeeeee!!!

Shawl aku!


Baju, telekong, spek opah aku

Blazer lukman

Yennadeyyyyyyy!!!

Baju Lukman

Patut rajin masuk toilet. 

Perut Adib aku syak kena iron panas.

Jantan ajar suruh lari

Berpakat nak bunuh Lukman.
Sumber: Hanani Ahmad
Read More
Mr Viralicious

'Nenek tiu bawa saya ke pondoknya' - Lelaki sesat 10 jam di hutan


DUNGUN, TERENGGANU - Seorang lelaki yang sesat hampir 10 jam, ketika menahan ikan di kawasan tasik di hutan Kampung Serdang, kelmarin, berjaya ditemui jam 7 pagi semalam, lapor Harian Metro

Mangsa, Zulfakar Hussin, 30, ditemui selamat selepas sesat berjaya keluar dari hutan itu dan mencerita ada beberapa perkara pelik yang berlaku ketika tempoh kehilangannya itu. 

Menurut Zulfakar, kejadian pelik itu mula berlaku selepas dia terpijak seekor ular sawa ketika mengangkat taut sebelum kaki kanannya tiba-tiba terasa sakit akibat terpijak sengat ikan. 

"Selepas itu saya ternampak seorang nenek sebelum dia meminta untuk menghisap kaki saya yang terkena sengat. 

"Saya dibawa nenek itu ke pondoknya dan hanya tersedar selepas terdengar azan Subuh dari sebuah masjid. 

"Saya cuba mencari jalan keluar sebelum menemui jalan besar dan melihat orang ramai termasuk anggota polis dan bomba berada di sekitar kawasan itu," katanya. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun, Amri Mohamad berkata, sebelum kejadian itu, mangsa bersama dua orang rakannya masuk ke dalam hutan berkenaan lebih kurang jam 8 malam Khamis. 

"Difahamkan ketika mengutip ikan pada taut dipasang, mangsa dikatakan terpijak sengat ikan sebelum berkelakuan pelik dan melarikan diri dari kawasan itu. 

"Pada masa yang sama, rakan mangsa yang pelik dengan tindakan mangsa, cuba mengejar mangsa. Namun gagal sebelum mereka membuat laporan untuk tindakan lanjut," katanya. 

Sepasukan anggota bomba bersama polis dan penduduk kampung kemudian melancarkan gerakan mencari dan menyelamat mangsa di kawasan hutan tersebut. 

Mangsa bagaimanapun ditemui selamat apabila berjaya keluar dari hutan itu dan dibawa ke Hospital Dungun untuk rawatan lanjut. 

Sementara itu di media sosial, netizen menasihatkan agar berhati-hati apabila masuk ke hutan lebih-lebih lagi bila di waktu malam. 

"Tidak ada yang mustahilnya dengan izin Allah. Sedangkan jin, syaitan dan iblis pun sebelum melakukan apa-apa kepada kita, mereka memohon izin dari Allah swt terlebih dahulu. Bila Allah izinkan, maka terjadilah ia. Kerana tujuannya satu iaitu agar kita tahu hanya Dia yang mampu membantu kita. Tiada yang lebih berkuasa melainkan Dia," kata Alif Amran Aminuddin. 
Read More